KO'TUHADAN KUMA TOMPINAI NGAWI

Blog ini adalah tempat perkongsian maklumat dan pendapat dari semua keluarga dekat atau jauh, kawan-kawan dan sesiapa sahaja. Penulis akan cuba menjadikan blog ini sebagai One Stop Information Center di mana segala sumber maklumat yang asas dan penting akan diletakkan dalam bentuk web link. Oleh yang demikian jika ada sesiapa yang ingin mencadangkan laman web atau blog yang berguna, bermanafaat dan bermaklumat silalah memberikan address web atau blog itu kepada penulis sama ada melalui email atau just taip pada ruangan chat pada blog ini. Cadangn dan juga kritikan membina juga amatlah dialu-alukan.

SELAMAT MELAYARI BLOG INI

Geo Visitors Map

You Are Visitor Number

hit counter scince july 2007

M.I.N.I B.U.L.E.T.I.N

....Selamat Datang........ Enjoy Reading..


Sila Daftarkan Diri Anda Disini Sebagai Kenangan dan Rujukan

My Redeemer Lives By Nicole Mullen

Monday, March 2, 2009

Odoi Oduu

Saya baru selesai menonton filem pendek 'Odoi Odu' yg memenangi 4 anugerah utama sempena Astro Kirana Short Filem Award. Sya tergerak untuk menonton filem pendek ini setelah menonton malam anugerah tersebut. Ingin mengetahui apa yg cuba disampaikan oleh filem ini sehingga boleh memenagi ketegori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Cerita Terbaik dan Lakonan terbaik.

Tahniah buat Farizie Bin Morinding, seorang lagi anak Sabah yang berjaya mengangkat martabat Negeri Sabah dalam bidang seni di peringkat kebangsaan. Kejayaan ini sekali gus dapat membuka mata ramai orang terutama yang selama ini menganggap orang2 Sabah sebagai golongan kelas ke-2.

Cerita yang disampaikan cukup ringkas tetapi padat dan sangat sinonom dengan kehidupan org2 tua di Sabah. Walaupun hanya sebilangan kecil yg kehidupannya seperti yg digambarkan dalam filem ini, namun memang ada. Saya teringat nenek sya sebelah bapa sya, yang hidup kesorangan selama beberapa tahun selepas kematian datuk sya. Walaupun tidak lah seteruk 'Odu' dalam filem ini kerana masi ada anak2 dan cucu-cicitnya (termasuk lah saya) datang melawat dan tidak dianggap 'mulau' (gila) namun kebanyakan masanya dihabiskan seorg diri. Apa yg saya sangat kagum ialah 'survival' untuk meneruskan hidup tanpa mengharap pertolongan org lain sgt la tinggi (seperti dlm filem ini). Bayangkan pada usia yg sgt tua (bongkok 7 & bertongkat) namun masi lagi pergi 'mindahu' (kerja di kebun), menyediakan makan sendiri, menjualkan hasil tanaman dan oleh itu masih ada pendapatan sendiri. Berkali juga diberi nasihat agar tidak perlu lagi bekerja kerana anak2 boleh menjaga beliau, namun dia mengatakan 'au ako no menusah dikoyu ong korikot tadau kapatai ku' (saya tidak mahu menyusahkan kamu bila tiba hari kematian ku). Dan memang betul kerana dia suda menyediakan wang yg lebih dari mencukupi untuk hari 'pemergiaannya'. Malah didapati terdapat beribu lagi wang yg dia simpan di bawah tilam tempat dia tidur. Sungguh menakjubkan..

Saya berfikir kalau nenek tua seperti ini masih sanggup berjuang sendirian tidak mahu mengalah dan ingin terus menikmati kehidupan tanpa mengeluh dan memberi banyak alasan untuk tidak berusaha, kenapa tidak kita orang muda, yang pernah ke sekolah, yang pandai membaca, menulis dan terdedah dengan banyak teknologi moden namun masih mengeluh dan menyalahkan pihak lain kerana kekurangan dan kesusahan yang kita alami??.. Bukan kah kita perlu bertanggungjawb terhadap kehidupan sendiri dan dengan itu perlu melakukan apa yg terdaya dan terfikir untuk mendapatkan kehidupan yg diinginkan? Saya percaya apa juga yg kita miliki hasil dari kudrat dan titik peluh kita akan memberi kepuasan yg sangat2 walaupun tidak hebat, mewah atau menawan....

p/s: Amat bangga melihat anak dusun berpakaian tradisi naik ke pentas dan menerima Anugerah Utama dan ditontoni di seluruh Malaysia...

: Klik pada 'Odoi Odu' untuk menonton sendiri filem tersebut...

6 comments:

Ajami Hashim said...

nice review ;-)

RumbiaMasolog said...

Ajami Hasim: Terima kasih atas sokongan dan kerana sudi bertandang di blog ini...

Kee Heritage said...

wah! Di mana mo tinguk tu? boleh upload ka?

Kee Heritage said...

oh maaf... saya tidak perasan tu link tadi. tenkiu tenkiu aaa... :)

RumbiaMasolog said...

Terima kasih Kee Heritage kerana sudi bertandang di blog ini... sorry sepatutnya sya kc highlighted to Link.... anyway enjoy tis blog k...

china morena said...

alo rumbiamasolog! sa suka review kau pasal tu cerita odoi odu. baru la tertengok nii.. sedih sa tgk tu org tua.. mmg betul cakap kau, kalau dia yg tua pun masih gigih berusaha, apa lagi kita yg muda2 dan penuh kederat ni hahah. sa tumpang taruh dalam webbie sa boleh ka? link di sini -> http://www.aidebox.com

This What We Call a HERO...