KO'TUHADAN KUMA TOMPINAI NGAWI

Blog ini adalah tempat perkongsian maklumat dan pendapat dari semua keluarga dekat atau jauh, kawan-kawan dan sesiapa sahaja. Penulis akan cuba menjadikan blog ini sebagai One Stop Information Center di mana segala sumber maklumat yang asas dan penting akan diletakkan dalam bentuk web link. Oleh yang demikian jika ada sesiapa yang ingin mencadangkan laman web atau blog yang berguna, bermanafaat dan bermaklumat silalah memberikan address web atau blog itu kepada penulis sama ada melalui email atau just taip pada ruangan chat pada blog ini. Cadangn dan juga kritikan membina juga amatlah dialu-alukan.

SELAMAT MELAYARI BLOG INI

You Are Visitor Number

hit counter scince july 2007

M.I.N.I B.U.L.E.T.I.N

....Selamat Datang........ Enjoy Reading..


Sila Daftarkan Diri Anda Disini Sebagai Kenangan dan Rujukan

My Redeemer Lives By Nicole Mullen

This What We Call a HERO...

Tuesday, October 13, 2009

Pokok Durian Ajaib!!!!!!

Kita mungkin biasa nampak buah durian di atas pokok, tapi pernah kah anda melihat durian berbuah dibawah pokok?....heheh... kalau tidak percayah... lihatlah sendiri....

























Macam tidak boleh dipercayai kan...tapi Percayalah..... sebenarnya durian ini dikenali sebagai Durian Kura-Kura atau nama saintifiknya Durio Testudinarium. Durian ini tumbuh secara liar di hutan borneo dan setakat ini tidak dipastikan sama ada durian ini ada ditanam secara komersial or persendirian. Menurut sumber rasanya tidaklah semanis seperti durian biasa tetapi baunya lebih kuat (menyengat) daripada durian biasa....

Friday, September 25, 2009

Padah Marah

Bila kita balik kerja 8 jam ke 12 jam tentu letih sampai rumah ingat
nak rest

tapi anak pulak buat hal....

ingatlah.....marah mcm mana sekalipun, jgnlah bertindak keterlaluan..............


Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -
meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.
Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun..
Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk
bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia
sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik
bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen
tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada
marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun
melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke
tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya
gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan
sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta
yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si
bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu
rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan ertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.... cantik kan !"
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan
diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya..

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.


Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.
"Bagi minum panadol tu," balas si ibu.. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu
badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya
itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan..." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan
kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.


Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam
linangan air mata.. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil... Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada
manusia dapat menahannya.




jangan sedih........

so dah dapat pengajaran... kan ...

bila balik nanti tengok la anak-anak anda....

mana yang lebih berharga.........

Have A Wonderfulday...

Friday, June 19, 2009

My Bro Special Day's...

Congratulation to both of you.... May you marrige last forever...


Like this photo..on the way to bride's house...


Keluarga lelaki


Keluarga perempuan

Tuesday, May 19, 2009

Memoir..

Just want to share the photo that i taken as a souvenior to our Ministry of Energy, Green Technology and Water (KTTHA) during His visit to my Department on 23rd April 2009.


From Left; My Ketua Pengarah Tn.Hj Mohd Akhir Md. Jiwa, KSU Dato' Dr. Halim Man, Menteri KTTHA YB Datuk Peter Chin Fah Kui, Tim. Menteri KTTHA YB. Noriah Kasnon dan yg kicik n separuh ja tu... 'Datin' Siti Barlianton Ahmand Baghdad (jiran sblh di ofice..ekekek)

Saturday, May 9, 2009

'SIN'

What is the essence of sin? How does the Bible define it? First John 3:4 (NIV) states: "Everyone who sins breaks the law; in fact, sin is lawlessness." The New Living Translation reads "Sin opposes the law," while the traditional KJV rendering defines sin as "transgression of the law." But it is not just any law that humanity has broken-it is God's law. Humans have rebelled against their Maker, pretending that they themselves are the measure of all things rather than in humble trust submitting to the wisdom and love of God.

Why did God punish Adam and Eve for what seemed to be an insignificant matter? It may have seemed unimportant, but there was a crucial principle involved. "There was nothing poisonous in the fruit itself, and the sin was not merely in yielding to appetite. It was distrust of God's goodness, disbelief of His word, and rejection of His authority, that made our first parents transgressors, and that brought into the world a knowledge of evil. It was this that opened the door to every species of falsehood and error."—Ellen G. White, Education, p. 25.

God has done for us all that infinite love could. In return He asks of us love and obedience. In a time in which the world is plagued by rampant lawlessness and a relativistic philosophy—which claims that good and evil depend simply on cultural circumstances and communal and personal preferences—there must and will be a people who will staunchly defend God's standard of holiness, the Ten Commandments.

Tuesday, May 5, 2009

Lates Fashion On Stage... Who Wanna Try?

Recently happened in Singapore Fire Fashion Show







Kalau la jumpa orang macam ni sedang jalan2 apa la korg buat?...

Monday, April 27, 2009

Najib perjelas gagasan Satu Malaysia

BERIKUT adalah sedutan transkrip sidang akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum pertemuan dengan editor media tempatan di kediamannya di ibu negara, semalam.

- Konsep Satu Malaysia tidak boleh disalah ertikan oleh pihak-pihak tertentu umpama pembangkang kata bahawa ia sama dengan konsep ‘Malaysian Malaysia’.

Ia tak sama.

- Di bawah konsep Satu Malaysia ini bererti bahawa kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita.

- Ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

- Biar kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama. Itu juga pada saya maksud konsep Satu Malaysia.

SAYA telah mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang pertama pagi ini. Antara perkara yang saya telah tekankan pada mesyuarat pagi ini, supaya barisan Jemaah Menteri yang baru dapat memenuhi harapan rakyat yang begitu tinggi, di mana Jemaah Menteri perlu menepati apa yang diharapkan rakyat.

Saya menggariskan empat perkara. Integriti, kebolehan, kesetiaan dan kesungguhan. Kabinet perlu berteraskan kepada Kabinet yang dekat di hati rakyat, mesra rakyat, sanggup turun padang menyingsing lengan dan melakukan perkara yang boleh mengukuhkan lagi kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Saya telah nyatakan dalam persekitaran politik hari ini, rakyat semakin kritikal. Oleh itu, kita tak boleh anggap ini sebagai perkara biasa tetapi mesti mempamerkan barisan kepimpinan yang sanggup melakukan perubahan dan pembaharuan.

Sehubungan ini, saya telah menyatakan betapa pentingnya Jemaah Menteri untuk berurusan dengan semua lapisan masyarakat. Kita tak boleh anggap kerajaan tahu segalanya. Kita perlu membuka pintu kepada dialog dan perbincangan dengan pelbagai kumpulan supaya keputusan yang dibuat kerajaan nanti merupakan keputusan yang benar-benar bersandarkan kepada kehendak rakyat.

Saya juga ingatkan ahli Kabinet supaya tidak dianggap sebagai kerajaan yang memihak kepada mana-mana kumpulan istimewa khusus (special interest group) atau mana-mana badan korporat.

Walaupun amat penting untuk melaksanakan dasar-dasar yang mesra kepada sektor swasta tetapi kesudahannya kita mesti ambil apa-apa keputusan bersandarkan kepentingan rakyat pada keseluruhan.

Saya juga telah menyebut tentang pencapaian yang diharapkan oleh rakyat bahawasanya rakyat tidak mahu mendengar sesuatu yang kita janjikan atau sesuatu diumumkan. Rakyat mengharapkan pelaksanaan secepat mungkin.

Oleh itu, pendekatan KPI akan dilaksanakan di mana pihak Khazanah telah ditetapkan sebagai badan untuk membantu kerajaan menggubal KPI dalam tempoh sebulan. Saya telah berjumpa Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Azman Mokhtar untuk menempatkan bilangan tenaga yang mencukupi untuk melaksanakan penggubalan KPI ini dalam tempoh tersebut.

Di samping itu, KPI ini juga akan melibatkan pembahagian tugas kepada timbalan menteri secara tersusun. Setiap timbalan menteri akan diberi bidang tugas supaya timbalan-timbalan menteri dapat menyumbang kepada tindakan dan pelaksanaan yang dilakukan kerajaan.

Semua menteri akan dinilai prestasi masing-masing dalam tempoh enam bulan. Saya telah tetapkan pada bulan November nanti kita akan lakukan proses penilaian atas prestasi dan pencapaian setiap menteri dan kementerian.

Ada juga pandangan bahawa sesetengah keputusan itu merupakan keputusan yang merentasi beberapa kementerian yang tak boleh dikhususkan kepada satu kementerian sahaja.

Kita akan ambil kira perkara ini. Yakni kalau kita menentukan KPI, ia akan mengambil kira mana yang boleh kita khususkan kepada sebuah kementerian dan mana yang perlu kita ambil kira peranan yang dimainkan kementerian lain.

Dengan adanya sistem KPI ini, saya percaya prestasi kerajaan, pencapaian kerajaan, insya-Allah akan bertambah baik dan berkesan lagi.

Saya juga mengingatkan, bahawa rakyat hari ini mengharapkan pendekatan yang berbeza. Dan kita tidak perlu kepada pendekatan yang terlalu mementingkan luaran (ritual) ataupun kedudukan kita sebagai anggota pentadbiran. Tetapi kita mesti sensitif dengan pandangan rakyat dalam apa juga yang kita lakukan.

Saya bagi contoh, kalau kita hendak promosi pelancongan misalnya Pulau Langkawi. Apabila kita buat papan iklan, tak payahlah kita letakkan gambar Perdana Menteri dan menteri berkenaan sebagai sebahagian daripada kandungan papan iklan tersebut.

Dan kalau ada hari-hari tertentu kita buat sepanduk, banting dan sebagainya, tak payahlah gambar menteri atau Perdana Menteri ditonjolkan.

Kita nak tunjukkan yang kita tak penting kepada perkara seperti ini. Yang penting ialah untuk menunjukkan bahawa kita sebuah kerajaan mesra rakyat dan pentingkan kepentingan rakyat lebih daripada kedudukan dan jawatan yang ada pada kita.

SOALAN: Mengenai penyusunan agensi ada dijelaskan (dalam mesyuarat Kabinet)?

Saya sudah buat keputusan dan JPM akan keluarkan kenyataan. Tidak ada masalah apabila sesuatu kementerian dibubarkan. Misalnya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD). Ini kerana agensinya tetap tidak dibubarkan. Ia ditempatkan di bawah kementerian lain yang akan melaksanakan tugas seperti biasa.

Seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), kita kembalikan agensi itu kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Pada masa dulu, agensi itu di kementerian tersebut juga. Ketika zaman Tun Ghafar Baba, Mara di bawah kementerian berkenaan.

Dan, Menteri Luar Bandar sekarang adalah seorang Naib Presiden UMNO (Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal). Takkan dia tak boleh kita harap, untuk laksanakan program Mara umpamanya. Jadi, saya tak nampak polemik tentang pemansuhan kementerian ini sebagai sesuatu yang patut dijadikan isu. Ini sebenarnya usaha kita untuk mewujudkan kerajaan yang lebih kecil dan efisien.

Ada disentuh mengenai Majlis Penasihat Ekonomi?

Ya, saya ada bayangkan. Tapi perincian termasuk mengenai pengerusinya akan saya umumkan kemudian. Saya terangkan kenapa Majlis Penasihat Ekonomi ini diwujudkan. Saya akan pilih hari lain untuk terangkan.

Apa tindakan selanjutnya jika ada menteri yang berada di bawah tahap memuaskan apabila penilaian dilakukan November ini?

Saya percaya menteri-menteri sedar bahawa masa depan kerajaan bergantung kepada pencapaian mereka berdasarkan KPI. Mereka tahu bahawa mereka mesti ambil serius apa yang patut dilakukan.

Jadi, saya berkeyakinan mereka mampu melaksanakan tanggungjawab yang telah diberi. Penilaian itu bukanlah satu kaedah bersifat pemantauan semata-mata tetapi satu cara untuk membantu menteri-menteri berkenaan jika mereka hadapi hambatan yang kerana keputusan dibuat oleh kementerian yang lain umpamanya.

Jadi kita boleh gunakan masa penilaian itu untuk menyelesaikan kekangan dari segi pelaksanaan dan pencapaian kementerian mereka.

Pihak mana akan melakukan penilaian berkenaan?

Penilaian itu akan dibuat oleh sebuah unit di bawah JPM yang akan menilainya bersama-sama ICU. Mereka akan lihat pencapaiannya. Dan, apabila saya bincang dengan menteri berkenaan, menteri berkenaan akan bentang juga apa yang mereka telah buat.

Sama-samalah kita bincang nanti dan kita tengok apa yang mereka lakukan dalam tempoh enam bulan.

Dahulu kerajaan juga ada sistem report card, tapi nampaknya ia tak berkesan?

KPI ini kita ada sistem. Kalau kita buat satu-satu keputusan, ia mesti didokong oleh sistem yang diwujudkan. Jadi kita sudah wujudkan sistem. Ini bukan saja keputusan tapi disokong dengan sistem.

Sistem itu ialah, pertamanya Khazanah mainkan peranan. Saya sudah wujudkan tuntutan menteri berkenaan di bawah JPM dan ICU akan main peranan.

Jadi kita ambil pendekatan bersistematik. Kalau kita hendak buat sesuatu ia mesti berasaskan sistematik. Jika tidak, ia akan dilihat retorik. Ia mesti didokong dengan sistem yang bersesuaian.

Ini bukan seperti biasa tetapi sesuatu yang berbeza sebab saya sudah janjikan pembaharuan. Saya komited kepada rakyat untuk bawa pembaharuan dan saya serius untuk bawa perubahan.

Boleh komen mengenai rasa kecewa masyarakat India mengenai bilangan dalam Kabinet?

Yang paling penting ialah apa yang kerajaan akan buat untuk komuniti India. Kita akan buat apa yang termampu untuk komuniti India, ini bukan satu isu besar.

Boleh gambarkan suasana mesyuarat Kabinet yang pertama dipengerusikan Datuk Seri hari ini?

Saya rasa elok tanya pada menteri lain tentang apa yang mereka rasa (ketawa kecil). Pada saya ia berjalan baik. Maknanya saya kata, saya punya kesimpulan berilah yang terbaik, sumbanglah yang terbaik untuk negara. Itu mesej utama saya.

Selain itu, saya kata penting untuk mereka mendapatkan kepuasan kerja. Kita pun nak bina semangat kerjasama di kalangan barisan Kabinet. Satu keluarga yang boleh sokong antara satu sama lain. Yang penting kita boleh laksanakan dengan jaya.