KO'TUHADAN KUMA TOMPINAI NGAWI

Blog ini adalah tempat perkongsian maklumat dan pendapat dari semua keluarga dekat atau jauh, kawan-kawan dan sesiapa sahaja. Penulis akan cuba menjadikan blog ini sebagai One Stop Information Center di mana segala sumber maklumat yang asas dan penting akan diletakkan dalam bentuk web link. Oleh yang demikian jika ada sesiapa yang ingin mencadangkan laman web atau blog yang berguna, bermanafaat dan bermaklumat silalah memberikan address web atau blog itu kepada penulis sama ada melalui email atau just taip pada ruangan chat pada blog ini. Cadangn dan juga kritikan membina juga amatlah dialu-alukan.

SELAMAT MELAYARI BLOG INI

Geo Visitors Map

You Are Visitor Number

hit counter scince july 2007

M.I.N.I B.U.L.E.T.I.N

....Selamat Datang........ Enjoy Reading..


Sila Daftarkan Diri Anda Disini Sebagai Kenangan dan Rujukan

My Redeemer Lives By Nicole Mullen

Wednesday, February 25, 2009

"Sejarah Perlu Diperbetulkan"

Saya sgt tertarik dengan entry yang ditulis oleh Larry Ralon dari Daily Express yang bertajuk "Sejarah Perlu Diperbetulkan". Di sini saya sertakan sedikit tulisan beliau..


"...Anggota Parlimen Sepangar, Datuk Eric Majimbun berkata,agak menyedihkan apabila melihat remaja lelaki di Sabah keluar televisyen mengucapkan Hari Merdeka yang ke-51 kepada Malaysia sedangkan ia merupakan ulang tahun kemerdekaan ke-51 untuk Malaya. Sabah (Borneo Utara) hanya mencapai kemerdekaannya 45tahun lalu dan bersama-sama Sarawak, Singapura dan Malaya (Persekutuan 11 buah negeri di Semenanjung) kemudian membentuk Malaysia.

“Satu lagi fakta sejarah yang juga perlu diperbetulkan ialah Sabah, Sarawak dan Singapura bukannya menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia tetapi kita bersama-sama membentuk Malaysia. Kita bukannya salah sebuah negeri di bawah Malaysia tetapi kita adalah satu pertiga dari Malaysia”, katanya. Beliau berkata, Sabah, Sarawak dan Malaya sepatutnya rakan kongsi yang membentuk Malaysia dan “Kita bukannya menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia. Jadi Sabah tidak sepatutnya negeri dalam Malaya atau salah sebuah daripada 11 negeri dalam Malaya.”.....

Ini merupakan sesuatu yang baru bagi saya kerana pertama kali saya mendengar tentang perkara ini. Selanjutnya sya membaca komen2 dari artikel ini dan sya sangat tertarik dengan komen dari Tompios. Mari kita baca bersama-sama...

"...Tompios Says: ...
September 3rd, 2008 at 3:04 pm

Alangkah bagusnya jika cerita kedai kopi ini kita awali dengan tiga pertanyaan asas.

1. Bila sebenarnya negeri sabah ini merdeka?

2. Bagaimana sabah boleh tergabung di dalam Malaysia?

3. Adakah Sabah ini sepatutnya disebut Negeri atau Negara?


Tiga soalan asas ini WAJIB DIJAWAB dan DIKETAHUI umum khususnya rakyat negeri sabah. Tanpa wujudnya niat untuk menimbulkan rasa sentimen kepada mana-mana pihak, kita perlu objektif dan berani mengakui tentang hakikat sejarah negeri sabah kerana kitalah yang sepatutnya menceritakan perkara sebenar sabah ini kepada rakyat Malaysia dan juga masyarakat luar.

Adalah menjadi satu pembohongan besar bagi para pemimpin negara ini khususnya, apabila tidak menjelaskan tentang fakta sejarah yang sebenarnya. Selama ini kita difahamkan melalui buku-buku pelajaran sejarah di sekolah tetapi sungguh disesalkan, mengapa tidak ditemukan tajuk tajuk sejarah yang berkaitan dengan Perkara 20, Hak dan keistemewaan kaum pribumi sabah dan perkara-perkara yang melibatkan Hak Sabah dalam Penggabungan Malaysia. Mengapa rakyat sabah dibutakan daripada pengetahuan sejarah negeri yang sebenarnya? Adakah sejarah itu merupakan satu ancaman kepada ahli-ahli politik Negara ataukah memang di dalam sistem pemerintahan BN khususnya, terdapat unsur penjajahan minda yang bakal merosak pemikiran rakyat khususnya di sabah dan Sarawak?

Sebagai rakyat sabah, dan rakyat Malaysia, saya berpendapat bahawa sangat tidak wajar bagi kerajaan melakukan penyembunyian fakta ini. Bagaimana hendak menanamkan rasa nasionalis bangsa jika fakta tidak disampaikan secara telus? Bagaimana hendak melahirkan insan Malaysia yang patriotik jika sejarah negeri sendiri pun tidak faham hal sebenar? Untuk itu, mari kita kongsi bersama apa sebenarnya hakikat sejarah negeri sabah. Sebelum itu sekali lagi saya tegaskan bahawa ini adalah perkongsian ilmu tentang fakta negeri sabah dan tidak ada niat untuk sengaja menimbulkan sentimen kepada mana-mana pihak.

1. Bila sebenarnya negeri sabah ini merdeka?

Sabah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963. Sekali lagi saya sebut, pada 31 Ogos 1963. Ketika menyambut hari bersejarah ini, antara pemimpin-pemimpin negara yang turut hadir menjadi saksi kemerdekaan sabah ialah ialah Tunku Abdul Rahman, Lee Kuan Yew, Donald Stephen, Mustafa Harun, Stephen Kalong Ningkan, pemimpin-pemimpin British dan lain-lain lagi. Bagi mengumumkan kemerdekaan sabah, maka Gubernur Borneo Utara (Sabah) ketika itu iaitu Sir William Goode, menyatakan secara rasmi “ …..Hari ini adalah hari bersejarah untuk negeri sabah, ia menandakan bermulanya pemerintahan sendiri dan kemerdekaan serta berakhirnya perjanjian” (Sabah Times, Jesselton, 31 Ogos 1963.Dalam ucapan mulia gubernur tersebut, dapatlah ditarik tiga inti utama iaitu:i). Bermulanya pemerintahan sendiri;ii). Kemerdekaan;iii). Berakhirnya perjanjian, iaitu perjanjian dengan pihak British.

2. Bagaimana sabah boleh tergabung di dalam Malaysia?

Selepas sabah merdeka di bawah British pada 31 Ogos 1963, maka Tunku Abdul Rahman membawa misi ke Borneo untuk mengajak Sabah dan Sarawak turut bergabung dengan Malaya, selain Singapura untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Tawaran Tunku Abdul Rahman ini diterima oleh pemimpin-pemimpin Borneo Utara (Sabah) ketika itu DENGAN SYARAT bahawa harus ada 20 ISI PERJANJIAN antara Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri ketika itu, dengan para pemimpin sabah yang mewakili seluruh etnik di sabah. Perjanjian itu pun di materai bersama dengan nama PERJANJIAN 20 PERKARA, yakni terdapat 20 Perkara Utama yang sangat mendasar serta sebab utama mengapa sabah menyetujui tawaran Tunku Abdul Rahman ketika itu. Setelah ditandatangani perseujuan bersama, maka Sabah, secara sah bergabung dengan Malaya pada 16 September 1963. Tepatnya, penggabungan tersebut adalah ‘Bergabung Dengan Syarat’. Keseluruhan isi kandung 20 perkara tersebut adalah merujuk kepada Hak dan keistemewaan bagi rakyat dan negeri sabah sendiri.

3. Adakah Sabah ini sepatutnya disebut Negeri atau Negara?

Perlu anda ketahui bahawa, di dalam kandungan 20 Perkara, Sabah menurut Perkara 4 (1) dan Perkara 5(1) (a-b), menyatakan bahawa Sabah adalah Negara. Perkara 18 pula iatu tentang nama ketua negeri, disebut bahawa Nama Ketua Negeri ialah Yang Dipertuan Negara, bukannya Yang Dipertua Negeri. Oleh sebab itu, sejak sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 sampai 16 September 1963, Sabah adalah sebuah NEGARA. Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya akhirnya Berjaya bergabung bersama lalu membentuk Kerajaan yang disebut MALAYSIA namun singapura tidak kekal dan bertindak keluar daripada Malaysia.

Inilah fakta sejarah sabah. Kenapa para sejarawan negara kita tidak menyatakan perkara ini secara jujur dalam tulisan-tulisan mereka? Kenapa perlu disembunyikan? Kalau pihak Putra Jaya tidak dapat menerima hal ini, kenapa rakyat sabah tidak diajak berbincang secara diplomasi untuk memperbaiki atau mencari kesepakatan bersama. Kenapa bila rakyat sabah bercakap pasal Perkara 20 ini dianggap terlalu sensitif? Bahkan di zaman rejim Mahathir dulu, siapa cakap pasal Perkara 20 langsung disumbat dalam ISA. Waktu menandatangani Perjanjian ini dulu tidak dianggap sensitif, tapi kenapa sekarang rakyat sabah minta dikaji semula hak-hak tersebut, lalu dianggap sensitif, malah lebih parah lagi bila rakyat sabah dibutakan daripada fakta sejarah negeri sabah sendiri.

Sebagai rakyat sabah, dan juga rakyat Malaysia, tidak salah rasanya jika saya menyeru kepada semua pihak, baik para pemimpin negeri dan juga pemimpin pusat, tolong jangan hipokrit dalam menyatakan kebenaran. Jangan juga menipu tentang hal sebenar. Ayuh!! Katakan saja sejujurnya…biar rakyat tahu tentang sejarah yang betul. Kami rakyat sabah siap menerima segala bentuk perbincangan asalkan kami tidak dibohongi seperti ini. Mungkinkah ini yang disebut sebagai……penjajahan minda!!!!?

“Jangan sesekali menyimpan barang busuk, sekali waktu akan tercium juga”


Saya juga sangat tertarik dengan komen saudara Eugen berkaitan dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan....


Eugene Says:

In fact, we are a member of malaysia, NOT a slave state of malaysia. Federal government never look the day 16 septermber seriously because they are trying to dissolve us to be part of them…
I’m passing a very clear and straight forward message here, should the federal government continue neglecting us, we will retrieve from the federal one day, NO POLITICAL GIMMICK can stop us if we determine to do so..

Based on the treaty between fed. and state gov. (20 points) Malay is the national language and English remain to be the Official language of sabah, so any decision made by the federal government to enhance the usage of malay and surpress english should not be implemented in SABAH.. Both languages are equally important. National language doesn’t mean that it’s status is higher. Look at singapore..

Apparently, Federal government is trying to reestablished sabah identity, so that they can simply manipulate the later generation of sabah easily.

PLEASE CORRECT ME IF ANY INFO. PROVIDED HAPPENED TO BE FABRICATION BY MISTAKE

So, apa komen kawan2 tentang perkara ini...?

Lanjutan bacaan boleh di dapati pada link di bawah..

4 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Little Mike (LM) said...

Saya sedia maklum, bahwa yang sebenarnya Sabah tidak pernah mengemukakan permohonan menyertai Gagasan Melayu Raya.. Kemerdekaan Sabah diberikan oleh kerajaan British waktu itu...

Malaysia merdeka pada 31 ogos 1957.. Borneo masih di bawah pemerintahan British. Sabah merdeka 31 ogos 1963.. Kemerdekaan tersebut memberikan status NEGARA kepada Sabah sehingga 16 sept 1963, Negara Sabah diundang untuk menyertai Melayu Raya.. ini cuma Sedikit mengenai sejarah kemerdekaan

Atas usaha dan inisiatif, Tuanku Abdul Rahman telah mengadakan rundingan dengan kerajaan-kerajaan Borneo termasuk Singapura. Waktu itu pengaruh komunis sangat kuat. Tuanku perlukan sokongan politik bagi mengimbangi komposisi kaum yang lebih memihak penularan pengaruh komunis di semananjung. Usaha Tuanku dan persetujuan kerajaan -kerajaan Borneo menyertai Malaysia sekaligus boleh menjadi satu cara menyekat perkembangan elemen-elemen komunisme.

Singapura kemudiannya bertindak keluar daripada gabungan Malaysia kerana bantahan keras kerajaan Malaysia kerana singapura mebiarkan pengaruh komunis menyelinap ke dalam pentadbiran kerajaan mereka.

Dari segi peruntukan perjanjian, Sabah melalui perkara 20, memang benar jika ikutkan apa yang telah disepakati, sepatutnya Sabah diiktiraf sebagai sebuah negara yakni NEGARA SABAH. Saya tidak tahu kalau 20 perkara tersebut yang telah disepakati, DIPERSETUJUI terus oleh pemimpin Persekutuan kerana terdesak oleh keperluan MEMBENTUK MALAYSIA tanpa benar-benar meneliti kandungan tuntutan.

Bagaimana terjadinya pula Negara kepada Negeri? Saya terlupa mana satu dokumen yang saya pernah terbaca mengatakan ada kompromi politik oleh pemimpin terdahulu dalam soal status 'NEGARA'. Ada susulan selepas itu yg membincangkan status berkenaan.

Bukan saya tidak patriotik tapi izinkan saya bertanya kerana dari segi pembentukan negara, apakah ada konsep NEGARA dalam NEGARA? ini perlu dijelaskan. Dalam mana-mana pembentukan sejarah negarapun tidak ada yang disebut Negara ini adalah daripada negara tersebut. Negara terbentuk oleh gabungan negeri-negeri yang bersetuju bernaung dalam satu payung. Dengan sendirinya identiti kawasan yang berkerajaan apabila bersetuju menyertai gagasan lebih besar iaitu sebuah NEGARA, perlembagaan akan melihatnya sebagai berkapasiti NEGERI.

Ada beberapa contoh sebuah negara terbentuk tapi tidak mempunyai gabungan negeri yang bernaung. Seperti Kerajaan Brunei. Tapi status 'Negara' diiktiraf kerana mereka sebuah negara merdeka, sebuah kawasan bebas, memiliki kuasa politik dan autonomi penuh, sistem berkerajaan serta hak bumi yang mereka urus sendiri. Mereka tidak bergabung dengan mana-mana NEGARA. Rahsianya ialah mereka lebih 'sayang' kekayaan hasil bumi mereka. Mereka tahu keluasan wilayah autnomi mereka dengan sumber kekayaan bumi yang berkelimpahan mampu mendukung/membangun negara sendiri. Mereka melihat 'ke depan'

Saya mempunyai perspektif bahawa MUNGKINKAH persetujuan pembentukan Malaysia pada waktu itu ialah BENTUK, SETUJU DULU dan BINCANG kemudian?. Inilah yang terjadi akibat mendahulukan semata-mata kepada cita-cita membentuk Malaysia.

Isu negara atau bukan negara, bagi saya masih isu besar tapi bukan yang TERBESAR. 19 perkara lain dalam 20 perkara adalah TERBESAR yang sangat-sangat perlu diperjuangkan oleh Sabah.

Hanya ada satu cara untuk menyebut Negeri Sabah ini sebagai sebuah NEGARA.... anda lebih tau.

Unknown said...

Jo.....Tq pi melawat blog saya ah....pasal topik kau ni...bila saya tingu, macam banyak benda la yang kena kaji selidik.

Pasal 20 perkara ni pun, dari dulu lagi di suarakan oleh ramai pihak tapi tidak apa tindakan dan penghujung. Satu lagi kalau lah perkara ini diperjuangkan betul2....pada saya benda ini memang sensitif.

Kalau lah rakyat sabah betul-betul mahu memperjuangkan isu 20 perkara ini, ia harus lah dimulakan oleh YB Bungs kita yang sangat berani mencelah di dewan Parlimen.

Saya janji putung 1 ikur ayam kalau dia berani menyuarakan hal ini...hehehe......

TQ..Salam Ceria

RumbiaMasolog said...

Terima Kasih LM kerana setia memberi komen2 yg bernas setiap kali ada artikel yg sya postkan. Sungguh sayang kan, subjek sejarah Sabah tidak begitu di tekankan (mgkn tiada pun) dalam sistem pendidikan kita. Mungkin itu antara sebab kenapa kita kurang menghayati hari kemerdekaan kerana harinya pun sudah tidak betul.

Sya cuma kecewa kenapa kita rakyat Sabah tidak bersatu dalam hal mempertahankan 20 perkara ini. Ini adalah hak keistemewaan kita rakyat Sabah. Mungkin ada usaha yg dijalankan sebelum ini tetapi saya rasa tidak cukup dan harus dilipatgandakan lagi usaha ini dan kita seharusnya sebulat suara menyokong usaha ini. Namun saya percaya ada orang Sabah sendiri yang tidak mau keadaan ini berlaku kerana takut kepentingan mereka akan terbongkar dan terjejas.

Saya rasa langkah pertama yang harus kita lakukan ialah mengenai sistem pendidikan kita. Dalam perkara ke-15 jelas dinyatakan yang sistem pendidikan harus dibawah kuasa negeri Sabah. Lihat sahaja Sarawak, mereka mempertahankan dan mewajibkan Bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan mereka dan hasilnya Sarawak lebih maju dari kebanyakan negeri di Malaysia termasuk Sabah.

Kanil, terima kasih juga sebab datang mengunjunji blog ini. Sekaranglah masanya kita bersatu dan saling menyokong demi hak dan kepentingan anak bangsa kita. Kalu kita tidak mulakan dari sekarang dan siapa lagi yg kita harapkan. Pemimpin kita terdahulu memang ada yg sudah menyuarakan dan terbaru pemimpin2 dari SAPP. Bukan menyokong parti ini tetapi sya kagum dengan keberanian pemimpin parti ini yang sanggup meninggalkan 'keselesaan, kekayaan dan keistimewaan' sebagai parti komponen BN untuk memperjuangkan hak, keistimewaan dan kebebasan rakyat Sabah.

Saya percaya setiap pemimpin kita ada caranya untuk memperjuangkan hak dan suara rakyat Sabah. Cuma diharapkan jangan terlalu 'malu' untuk dikongsikan kepada rakyat kerana kami rakyat Sabah sentisa memberi sokongan dgn sepenuh hati kami demi negeri kami...

p/s: Bah Bung klu ko brani betul kc suara la ttg ni 20 perkara di parlimen, dapat juga kita makan ayam yg kawan kita c Kanil putung..hehehe...

This What We Call a HERO...