KO'TUHADAN KUMA TOMPINAI NGAWI

Blog ini adalah tempat perkongsian maklumat dan pendapat dari semua keluarga dekat atau jauh, kawan-kawan dan sesiapa sahaja. Penulis akan cuba menjadikan blog ini sebagai One Stop Information Center di mana segala sumber maklumat yang asas dan penting akan diletakkan dalam bentuk web link. Oleh yang demikian jika ada sesiapa yang ingin mencadangkan laman web atau blog yang berguna, bermanafaat dan bermaklumat silalah memberikan address web atau blog itu kepada penulis sama ada melalui email atau just taip pada ruangan chat pada blog ini. Cadangn dan juga kritikan membina juga amatlah dialu-alukan.

SELAMAT MELAYARI BLOG INI

Geo Visitors Map

You Are Visitor Number

hit counter scince july 2007

M.I.N.I B.U.L.E.T.I.N

....Selamat Datang........ Enjoy Reading..


Sila Daftarkan Diri Anda Disini Sebagai Kenangan dan Rujukan

My Redeemer Lives By Nicole Mullen

Wednesday, April 9, 2008

Petikan dari Berita Harian, 9 hb April 2008

Datuk tawar khidmat perlindungan disiasat

Kuala Lumpur: Seorang pegawai kanan penguat kuasa undang2 bergelar 'Datuk' disiasat atas dakwaan menawarkan 'perkhidmatan perlindungan' kepada sebuah syarikat hartanah yang didakwa merampas 787 hektar ladang kelapa sawit milik pekebun kecil di Kunak, Sabah.....

Petikan di atas adalah sebahagian kecil daripada pembongkaran sindekit pengambil-alihan tanah2 di Sabah. Dalam petikan tersebut juga menyatakan beberapa pegawai kanan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah mungkin terbabit dalam skandal itu. Mungkinkah pengambil-alihan tanah2 orang kampung dan tanah2 (kelas dua) di kawasan2 lain seperti di Pitas, Kota Marudu, Paitan dan banyak lagi bahagian lain di sabah juga menggunakan kaedah yang sama?... Menurut sumber yg boleh dipercayai sebuah syarikat besar (diketahui umum di Sabah) telah pun memiliki tanah yg beribu hektar luasnya. Apa yang menghairankan tanah2 ini kebanyakannya telah di pohon oleh orang kampung terlebih dahulu malah sudah ada tanaman yang diusahakan seperti getah dan buah-buahan di 'rampas' tanpa pengetahuan mereka. Sebaik mereka datang ke tanah tersebut telah ada pancang dan batu tanda tanah tersebut telah di ambil alih. Selain daripada itu hutan2 kelas dua yg sepatutnya ditanam semula dengan pokok balak telah di 'ambil' oleh syarikat besar ini.

Perkara yang paling menyedihkan apabila orang kampung telah di 'tipu' sehingga menjadi 'hamba di tanah sendiri'. Apa yang saya maksudkan disini adalah apabila tanah yang memang milik mereka dijual kepada sebuah syarikat sawit dan akhirnya bekerja dengan syarikat tersebut. Jika kaedah seperti FELDA digunakan, maka tidaklah menjadi soal kerana tanah hanya dipinjam/disewa dalam masa 30-50 tahun bergantung kepada perjanjian. Dan selepas itu tanah tersebut dipulangkan semula kepada pemilik asal. Seperti yang kita ketahui kebanyakan daripada peserta FELDA telah menjadi jutawan tanpa kehilangan tanah mereka.

Salah satu ikrar atau manifesto BN sebelum pilihan raya lepas adalah untuk menyelesaikan kes ini dan sebagai penduduk Sabah adalah sangat2 diharapkan agar masalah ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Jika perkara ini tidak juga dapat di selesaikan maka besar kemungkinan kepercayaan rakyat terutamanya di Sabah pada BN akan hilang seterusnya memberi peluang kepada parti dan wakil rakyat yang benar2 mengangkat suara rakyat tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri.

2 comments:

Anonymous said...

geram dan terkilan!!!... Org kampung jadi mangsa dan hak mereka diremehkan orang. . saya seperti sangsi kenapa BN (PBS) susah pilih calon lain selain daripada kalangan orang sendiri. mungkin fakta kes seperti ini mereka lebih tau dan mungkin mereka ada peranan di sana. sebab tu la muka baru untuk calon susah dapat tempat demi utk mengurangkan risiko masalah itu 'disuarakan'org muda. Mudah2an, apa yang silap terdedah kesilapan kesilapannya.. dan yang benar dapat ditegakkan... artikel yang bagus roger...

RumbiaMasolog said...

Thanks Mick... suda tiba masanya kita bersuara untuk hak kita...

This What We Call a HERO...