Tanpa disedari tarikh sudah menunjukkan 8hb April 2008, seperti tahun2 sebelumnya hati ini sentiasa terkedu dengan peredaran waktu yg terlalu pantas. Walaupun baru 4 bulan di tahun 2008 namun sudah banyak perkara yg mengejutkan berlaku. Kejutan yang paling besar ialah keputusan pilihan raya negara yg ke-12. Bukan sahaja BN gagal menawan Kelantan tetap 4 pula negeri dan 1 wilayah persekutuan telah jatuh ke tangan pembangkang. Kejutan lebih besar apabila menteri paling lama Datuk S. Vellu kalah di gelangang sendiri. Itu pasal pilihan raya.... di kg pula...banjir yg bukan sahaja besar tapi juga berlaku sebanyak 4 kali dalam masa 3 bulan.... Namun kejutan yg paling besar adalah...bila mrs sya di bedah tuk mengeluarkan appendix dia yg dijangkiti kuman. Dan 2 minggu selepas pembedahan tsb dia di sahkan mengandung walaupun sebelum pembedahan dijalankan ujian kehamilan telah dijalankan tetapi negetif. Dan kesannya, risiko keguguran adalah tinggi. Sekarang kandungan sudah masuk 4 bulan dan Dr menyatakan risiko keguguran masih tinggi. Aduh... mcm mana ni... bagaimana tuk sya menjaga mrs sedangkan sya begitu jauh di perantauan. Di tambah masalah kewangan yg belum stabil merumitkan lagi keadaan. Namun begitu skrg bukan masanya tuk mengeluh.... Dengan doa yang sering ku kirim buat mereka, pasti Tuhan sentiasa melindungi dan menjaga mereka.
3hb Arpil lalu adalah hari jadi c neo yg ke-3 dan sekali lagi sya tidak dapat bersama2 dengan dia tuk meraihkan hari yg paling dia nanti-nantikan. Malah belum ada hadiah untuk sya berikan padanya. Masa tu sya benar2 merasa sunyi dan sekli lagi airmata menitis menemani diri. Esok nya 4hb April sya mendapat kabar yg benar2 mengembirakan, sya telah lulus semua peperiksaan dan akan ditawarkan ke jawatan tetap. Puji Tuhan yang merencanakan semua ini, kerana memberikan kabar gembira di saat sya begitu rindu akan mereka dan dengan itu kabar gembira ini saya hadiakan tuk Neo semoga Neo akan sentiasa sehat dan dilindungi Dia Sumber Kasih Yang Agung..... Happy Birthday Neo.....
No comments:
Post a Comment