KO'TUHADAN KUMA TOMPINAI NGAWI

Blog ini adalah tempat perkongsian maklumat dan pendapat dari semua keluarga dekat atau jauh, kawan-kawan dan sesiapa sahaja. Penulis akan cuba menjadikan blog ini sebagai One Stop Information Center di mana segala sumber maklumat yang asas dan penting akan diletakkan dalam bentuk web link. Oleh yang demikian jika ada sesiapa yang ingin mencadangkan laman web atau blog yang berguna, bermanafaat dan bermaklumat silalah memberikan address web atau blog itu kepada penulis sama ada melalui email atau just taip pada ruangan chat pada blog ini. Cadangn dan juga kritikan membina juga amatlah dialu-alukan.

SELAMAT MELAYARI BLOG INI

Geo Visitors Map

You Are Visitor Number

hit counter scince july 2007

M.I.N.I B.U.L.E.T.I.N

....Selamat Datang........ Enjoy Reading..


Sila Daftarkan Diri Anda Disini Sebagai Kenangan dan Rujukan

My Redeemer Lives By Nicole Mullen

Tuesday, March 24, 2009

E-mail Kepada Menteri2 dari Sabah & Sarawak

Kehadapan YB Datuk ;

Saya adalah mewakili penjawat-penjawat awam yang berasal dari Sabah & Sarawak dan bertugas di Semananjung Malaysia. Saya amat mengharapkan pertolongan dari YB Datuk agar dapat melihat masalah yang dihadapi oleh penjawat-penjawat awam dari Sabah dan Sarawak yang berkhidmat di bumi Semenanjung ini. Kami Cuma ingin meminta penjelasan daripada pihak kerjaan mengapa kami penjawat awam yang berasal dari Sabah dan Sarawak dan berkhidmat di Semenanjung tidak mendapat Elaun Perumahan Wilayah (EPW) yang sama seperti penjawat awam yang berasal dari semenanjung dan berkhidmat di Sabah & Sarawak? Mengapa EPW kami jauh lebih rendah (sehingga lebih rm500 perbezaan mengikut tempat) sedangkan kos sara hidup di Semenanjung terutamanya di Bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Penang dan Johor Bahru jauh lebih tinggi berbanding kos sara hidup di Sabah & Sarawak. Mengapa tidak diseleraskan elaun ini agar kami penjawat awam dari Sabah & Sarawak tidak terasa seperti penjawat awam KELAS DUA di Negara sendiri? Adakah penjawat awam dari semananjung lebih baik atau berkualiti dari Penjawat Awam dari Sabah & Sarawak sehinggakan mereka diberi EPW yang tinggi?

Kami juga ingin bertanyakan kenapa kami tidak layak mendapat elaun COLA sedangkan tujuan elaun tersebut adalah untuk meringankan beban bagi penjawat-penjawat awam yang bertugas di bandar-bandar besar yang kos sara hidup semakin hari semakin tinggi. Alasan yang mengatakan sebab kami telah mendapat EPW adalah sangat tidak logik.

Oleh itu amatlah diharapkan agar pihak YB Datuk yang dapat memberi perhatian terhadap perkara ini agar nasib kami penjawat-penjawat awam dari Sabah dan Sarawak yang berkhidmat di Semanjung Malaysia dapat pembelaan.

Sekian dan terima Kasih


p/s: email yg sya telah kirim awal tahun 2008. dan mcm biasalah no respond..

10 comments:

dardie said...

RM,

email ini sangat perlu mendapat perhatian. saya mahu bertanya, dengan siapa ko emailkan benda ni??? nanti saya follow-up..

RumbiaMasolog said...

Masa tu hanya YB. Max, YB Bernard Dompok dan YB Josep Salang Gandum. Tp mcm biasa la tiada respon kan.. so mgkn klu tuan yg bersuara dorg dgr skt. Mungkin perlu diberi tau kepada YB2 yg lain?...

Anonymous said...

Perkara inilah yang menjadi tanda tanya....di mana keadilan? Lihat saja siapa yang menduduki jawatan penting di jabatan persekutuan di Sabah...sebahagian besar dari seberang walaupun ada anak watan Sabah yang berkelayakan. Kenapa ini terjadi? Mungkin kita rakyat dari Sabah dianggap rakyat kelas ke-2.

RumbiaMasolog said...

sebgai contoh garaduan diploma dari sabah/sarawak yg menganjar di KL or selangor mendapat hanya rm550 EPW sedangkan garaduan yg sama dari semananjung yg berkhidmat di sabah/sarawak mendapat rm700++ EPW. Mana logiknya? Adil jangan di sebut la?... rumah sewa di KL/Selangor plg murah pun rm500 (tu pun di ulu2 sudah) tp di sabah (kecuali di KK) buli dpt rm200 ja.

Sya dgr yg berkhidmat di luar KL/selangor lg sdikit spt di Melaka hanya mendapat rm300 elaun EPW. Jadi memang nyata kita org sabah/sarawak ni dianaktirikan...

dardie said...

PALING TIDAK PATUT!!!!!!!!!

ILLIE said...

RM..cuba ko emailkan perkara ini kepada pemimpin2 dari Semenanjung pula.Sebagai contoh,hantar kepada mereka2 yang baru dipilih kejawatan penting dalam UMNO.Mana tahu email RM dapat perhatian.Kalau mengharapkan perhatian dari pemimpin2 Sabah,memang tipislah harapan.

Teruskan usaha semoga penjawat2 awam dari Sabah & Sarawak terus diberi keadilan.

Sedangkan saya bekerja dinegara asing,tetapi saya tidak pernah dipinggirkan.Kalau pekerja Jepun dapat kenaikan gaji,saya juga dapat.Sekiranya mereka mendapat 2x bonus dalam setahun,saya juga diberi dengan jumlah yang sama.Pendek kata,tidak pernah saya merasakan dipinggirkan dalam soal kebajikan kerja.

Saya cukup kesal bila mengetahui ketidak adilan yang diberikan kepada penjawat2 awam dari Malaysia Timur.Kerana semua berkhidmat untuk negara,mengapa harus ada perbezaan?

FL Feinier said...
This comment has been removed by the author.
FL Feinier said...
This comment has been removed by the author.
Furen Laoshi said...

RumbiaMosolog,
Setakat ini saya dengar negeri yang berjaya membawa masalah EPW dan dapat pula diselesaikan dengan baik sekali ialah Wilayah Persekutuan Labuan. Orang kuat yang benar-benar memainkan peranan pada masa itu ialah Encik Ahmad Staun, mantan Pengarah Pelajaran WP Labuan. Usaha beliau pula disokong kuat oleh bekas MP Datuk Suhaili Abdul Rahman.Orang Sabah BERHAK untuk mendapat layanan dan pengiktirafan daripada kerajaan. Apatah lagi kos sara hidup semakin meningkat pada masa kini. Encik Ahmad Staun pada masa kini, walaupun sudah bersara tetapi masih sangat aktif membantu golongan pendidik/penjawat awam yang memerlukan bimbingan dan bantuan.

tAtA said...

Allo RumbiaM....

betul jga tu apa yg ko cakap tu... tmpt sya mengajar, ada guru baru(dari semenanjung)... sudahlah dapat elaun hidup susah tu... dapt lg EPW.... berapa pnya untung tu?.. apa yang mo d sewa d hutan ni? sewa rumah? manada......

bukan lg keadilan yg mo d cari skg ni....tp, keseragaman & kebajikan penjawat awam perlu d selaraskan...blik2 sdh d bincangkan perkara ni..smai skg pn teda keputusan yg "memenangkan kedua-dua pihak"...asyik satu pihak sja menang ni!!!

sma2 makan nasi...sama2 nyanyi lagu negaraku...sama2 pegang 5 rukun negara...sama2 bekerja untuk negara....paling pntng..sama2 org malaysia....napa mesti ada perbezaan yang ketara...dalam pemberian EPW....

entah siapalh yg mo dengar rintihan penjawat awa dari sabah & sarawak yg berada d tanah melayu...

This What We Call a HERO...