KO'TUHADAN KUMA TOMPINAI NGAWI

Blog ini adalah tempat perkongsian maklumat dan pendapat dari semua keluarga dekat atau jauh, kawan-kawan dan sesiapa sahaja. Penulis akan cuba menjadikan blog ini sebagai One Stop Information Center di mana segala sumber maklumat yang asas dan penting akan diletakkan dalam bentuk web link. Oleh yang demikian jika ada sesiapa yang ingin mencadangkan laman web atau blog yang berguna, bermanafaat dan bermaklumat silalah memberikan address web atau blog itu kepada penulis sama ada melalui email atau just taip pada ruangan chat pada blog ini. Cadangn dan juga kritikan membina juga amatlah dialu-alukan.

SELAMAT MELAYARI BLOG INI

Geo Visitors Map

You Are Visitor Number

hit counter scince july 2007

M.I.N.I B.U.L.E.T.I.N

....Selamat Datang........ Enjoy Reading..


Sila Daftarkan Diri Anda Disini Sebagai Kenangan dan Rujukan

My Redeemer Lives By Nicole Mullen

Wednesday, February 18, 2009

KALAU 'SAYA' WAKLI RAKYAT...

Firstly, thanks kepada kawan2 yg menyinggah di blog sya dan yg ada memberi komen pada artikel sya sblm ni. Mmg sgt memberi galakan dan motivasi untuk sya memaksa diri sya untuk meluahkan apa yg sya fikirkan saat2 berjauhan dgn negeri kesayangan. Apa pun pengalaman berjauhan dgn negeri sendiri banyak memberi pengalaman, pengetahuan dan pengajaran kepada sya untuk melihat tempat kelahiran sendiri khususnya dan negeri amnya dari sudut yang lebih luas.

Sebelum saya meneruskan kepada isi artikel ini, suka juga sya menceritakan sedikit tentang diri saya kerana mungkin kebanyakan dari kawan2 yg menyinggah di blog sya ni belum mengenali sya. Sya dilahirkan di Kg. Masolog, Kota Marudu pada tahun bulan 7, 1977 dan merupakan anak keempat daripada lapan org adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sk. Masolog kemudian di SMK Tandek sehingga SRP (last batch). Kemudian pindah ke SMK Menggatal (sekarang dikenali SMK Bandaraya) untuk memasuki kelas aliran Sains kerana pada masa itu SMK Tandek belum ada kelas aliran sains dan SMK Kota Marudu tidak mau menerima pelajar dari SMK Tandek kerana saya difahamkan ada sedikit salah faham diantara pengetua kedua2 sekolah pada masa itu. Sya study di SMK Menggatal sehingga awal tingkatan 6 Atas kerana mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di ITM (UiTM), Shah Alam dalam bidang Kimia. Namun sya tidak dapat menamatkan pengajian sya pada masa itu (final semester) atas sebab peribadi. Kemudian bekerja lebih kurang 2 tahun dan baru belajar balik dalam bidang yg sya mmg minati iaitu bidang kejuruteraan. Menjalankan Latihan Industri di JPS, Kota Marudu selama 3 bulan dan sekarang sedang bekerja dengan sebuah jabatan persekutuan di KL. Telah berkahwin dan mempunyai tiga org staring..

Artikel ini bukan untuk mengangkat diri atau menunjuk-nunjuk, apa lagi untuk memburuk-burukkan atau menjatuhkan sesiapa pun. Artikel ini cuma luahan perasaan, pandangan dan pengalaman dari seorang yang jauh tetapi hatinya sentiasa rindu dan peduli akan tempat dia dilahirkan.....


Kalau 'Saya' Wakil Rakyat......

Pertama-tama harus bersyukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada rakyat kerana rakyat telah memberi kepercayaan mereka untuk 'saya' dlm merekabentuk dan memimpin masa depan mereka. Sentiasa memperingati diri yang saya ini bukan YB (Yang Berhormat) kerana yang harus dihormati adalah rakyat itu sendiri, tetapi YB (Yang Berani) dalam memperjuangkan keperluan dan kehendak rakyat. Harus sentiasa rendah diri dan mengutamakan rakyat lebih dari keperluan diri sendiri.

Kedua, membentuk Satu Pasukan Khas utk membantu dalam pentadbiran. Pasukan ini adalah terdiri daripada individu yang mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan, pekerjan dan pengalaman tanpa mengira kaum dan agama tetapi yang benar2 ingin melihat pembangunan dan kemajuan masyarakat. Pasukan ini berperanan mendapatkan maklumat tepat tentang keperluan sosial dan ekonomi rakyat. Seterusnya menterjemahkannya kepada satu perancangan pembangunan menyeluruh yang dapat memenuhi keperluan sosio-ekonomi rakyat. Kemudian perancangan ini akan diumumkan kepada rakyat dan rakyat sendiri yang akan menjadi 'auditor' kepada setiap perancangan tersebut terutama dari segi penggunaan kewangan. Ini juga bagi mengelakkan berlakunya 'kecairan' wang peruntukan secara haram.

Ketiga, membuat lawatan ke setiap kampung atau mukim sekurang-kurangnya setahun sekali. Bertujuan mendekati, melihat dan mendengar sendiri keperluan dan rintihan masyarakat. Juga melihat sejauh mana perlaksanaan perancangan2 yang telah dirancang (on spot audit).

Keempat, mengenal pasti sektor ekonomi yang boleh dibangunkan dan dikomersialkan untuk memajukan lagi kawasan dan ini akan membuka lebih banyak peluang perkerjaan seterusnya dapat mengekalkan orang2 mudah untuk terus kekal di tempat sendiri. Bukan itu sahaja 'saya' juga akan membuka klinik2 usahawan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat ttg perkara2 yg perlu dilakukan atau diketahui untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Kelima, mempastikan kemudahan2 awam yang kritikal seperti jalan raya, sekolah, klinik, elektrik, air, dan telefon di perkasakan dengan memantau setiap jabatan dan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan betul. Membuka satu Pusat Aduan dan Maklumat Awam untuk rakyat membuat aduan jika berlakunya ketidakpuasan hati terhadap perkhidmatan yang dilaksanakan oleh jabatan2 dan agensi2 kerajaan.

Keenam, menyediakan kemudahan asas untuk bersosial seperti Taman Permainan Kanak2, Kompleks Sukan dan Taman Riadah bagi memenuhi keperluan manusia yang memang suka bersosial. Mewujudkan satu kawasan rumah2 kebudayaan mengikut suku kaum yang ada di kawasan 'saya' agar budaya ini akan terus terpelihara dan tidak hilang ditelah zaman. Kemudian mengadakan pertandingan2 dan peraduan2 yang boleh membawa kepada permaufakatan dan keharmonian dari segenap lapisan masyarakat.

Ketujuh, sentiasa menjaga kebajikan rakyat dengan mempastikan setiap rakyat terutama yang susah mendapat keadilan yang sebaik-baiknya. Bukan semata-mata memberi bantuan kewangan kepada mereka tetapi yang lebih penting memberi tunjuk ajar dan bimbingan untuk membolehkan mereka berdikari di masa depan seterusnya tidak lagi bergantung kepada bantuan orang lain dan kerajaan. Membuat satu Education Foundation For Excellant Student. Satu tabung pendidikan untuk pelajar2 yg cemerlang tetapi kurang kemampuan dari segi kewangan. Tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang semuanya layak untuk di beri bantuan ini.

Kelapan dan terakhir, memperingatkan diri agar melaksanakan perkara satu sampai tujuh di atas.

'Saya' tahu tidak mudah untuk melaksankan semua perkara ini namun jika kita ('saya' dan rakyat) sama-sama berganding bahu, berkerjasama dan dengan izin Tuhan tiada perkara yang tidak boleh dilakukan........TERIMA KASIH.....

4 comments:

Little Mike (LM) said...

YB anita Baranting dan Datuk Dr. Max..

Baca la artikel ini. Penulis blog ini lebih banyak inisiatifnya daripada individu dalam parti politik yang berpenggal2 berkuasa di Tandek/Kota Marudu...

Kenapa penulis ini berupaya melahirkan 'rasa kasihannya' kepada rakyat tapi anda tidak boleh mengupayakan minda anda berfikir kritis mengasihani masa depan anak-anak bangsa kawasan pilihanraya anda?

tAtA said...

hidup YB R......

klulh YB kta baca ni..kan bagus...
ndakan mo tggu "terhantuk bru nak terngada"...ngamkh tu mick ...rumbia....

suara xda kedengaran(suara sya) berharap sangat utk berlaku sesuatu perubahan d sabah, daerah KM khasnya... terutamanya N.5 Tandek...

RumbiaMasolog said...

Kalau kita melihat tempat org lain boleh maju atau sekurang-kurang rakyatnya terbela walaupun mempunyai sumber ekonomi yang 'limited', tentu kita terfikir dan tertanya kenapa di tempat kita yg mempunyai sumber ekonomi yang luas dan besar tetapi rakyatnya kurang terbela?... Dan kita akan tertanya siapa yg harus bertanggungjawab ke atas pembelaan ini?...

NONG said...

Salam RM(RumbiaMasolog)..
yuu..banyak sudah posting ko pula ni.Ketinggalan bas uda sya.
Yang petang hari 6 baru2 ni sya terjumpa karud ko sna Morechan..:)

Bagus betul ini posting ko.. sekurang2nya kalau YB2 kita terbaca pun mereka tidak rugi juga kerana masih ada insan2 baik hati yang sudi mengingatkan diri mereka..
Sya kongsikan satu kisah di sini. Tahun lalu,sya bersama dengan Ketua PuteriUMNO Bahagian P.168 KM menghadiri sambutan Pesta Kaamatan anjuran KRT Lotong, YB Anita yg merasmikan Pesta itu. Mungkin sya silap tapi rasanya telinga sya masih belum lunggungon lagi. Ada warga lotong menyuarakan permohonan berkaitan dengan 'gereja' (Bukan memohon bina gereja g bo) klu sya tidak silap itu dan jumlah semuanya RM5000.Tahu apa berlaku? YB minta kurang p RM3000.Aso siin ku ka bo. Berlaku tawar menawar pula.Macam tawar ikan..:)

Dan kalau sya YB, perkara pertama yg akan sya lakukan ialah menjadi SAHABAT kepada rakyat. Datang kepada rakyat untuk berjabat tangan bila menghadiri sesuatu majlis dan bukannya menunggu rakyat utk dtg berjabat.Segan ba orang kampung ni mau datang menyalam.Jadi kita nilah yg mesti pandai berfikir..Okonko sumalam dit tongo kroni no..kalamas obo!!!!

Selain itu jgn fikir mau untung dan mau kaya sendiri saja.. Gaji sudah ampai2 ba.Inda juga kita minta duit gaji itu.Tpi gunakanlah setiap dana sebaik mungkin untuk kemudahan rakyat. Jangan tumongong!

Segala keikhlasan kita itu hanya TUHAN yg mampu membalasnya. Yg penting kita dekat pada rakyat. Jadi sahabat kepada rakyat.

This What We Call a HERO...