KO'TUHADAN KUMA TOMPINAI NGAWI

Blog ini adalah tempat perkongsian maklumat dan pendapat dari semua keluarga dekat atau jauh, kawan-kawan dan sesiapa sahaja. Penulis akan cuba menjadikan blog ini sebagai One Stop Information Center di mana segala sumber maklumat yang asas dan penting akan diletakkan dalam bentuk web link. Oleh yang demikian jika ada sesiapa yang ingin mencadangkan laman web atau blog yang berguna, bermanafaat dan bermaklumat silalah memberikan address web atau blog itu kepada penulis sama ada melalui email atau just taip pada ruangan chat pada blog ini. Cadangn dan juga kritikan membina juga amatlah dialu-alukan.

SELAMAT MELAYARI BLOG INI

Geo Visitors Map

You Are Visitor Number

hit counter scince july 2007

M.I.N.I B.U.L.E.T.I.N

....Selamat Datang........ Enjoy Reading..


Sila Daftarkan Diri Anda Disini Sebagai Kenangan dan Rujukan

My Redeemer Lives By Nicole Mullen

Friday, June 6, 2008

Bukan Hendak Ku....

Saya dalam perjalanan balik dari pejabat semasa menerima sms dari kawan yang berbunyi "Bah mari isi minyak kc penuh sblum tgah mlm..mau naik sudah pg rm2.70 per liter.." Saya pada mulanya menyangka kawan ini hanya berjenaka sb baru dua hari lepas dalam news paper mengatakan yang harga petrol akan naik bulan Ogos dan ini yg saya katakan kepada kawan saya... Namun setelah kawan itu mengatakan sudah diumumkan di TV dan meminta saya untuk melihat sendiri di nstonline maka saya tahu yg ini bukan lagi guraun..
Kenaikan minyak petrol memang sudah dijangkan memandangkan harga minyak mentah dunia telah mencapai harga yg sukar dipercayai namun begitu kenaikan sebanyak rm0.78 sen untuk petrol dan rm1.00 tuk diesel benar2 mengejutkan dan lebih tepat lagi amat sukar dipercayai. Lebih2 lagi setelah kerajaan BN baru menang dalam pilihraya baru2 ini. Saya tidak pasti jika begini kah caranya kerajaan BN berterima kasih kepada rakyat yang selama ini setia dan taat menyokong dan berdiri dibelakang BN. Terus terangan saya katakan inilah pilihanraya pertama yang mana saya berkesempatan untuk turun mengundi (DUN N5-Tandek, Sabah) kerana 2 pilihanraya sebelum ini saya masih belajar di semenanjung (dan sehingga sekarang bekerja). Dan dengan penuh kepercayan dan bangga saya memberikan sokongan saya kepada kerajaan kerana percaya hanya kerajaan BN yang mampu membawa pembangunan dan kemajuan di tempat saya dan ternyata tidak sia2 kerana BN menang di kawasan saya walaupun diletakkan muka baru untuk kerusi DUN.
Namun begitu kemenangan BN itu DIPANDANG RINGAN oleh sesetengah pihak dan yang sangat memalukan dari orang2 BN sendiri sehingga sanggup menyuarahkan agar PM meletak jawatan. Tetapi pujian diberikan kepada PM kerana beliau berani dan sanggup berhadapan dengan semua tentangan dan dugaan yang datang mengulung bagaikan badai. Namun begitu.. semua keyakinan dan kepercayaan saya terhadap kepimpinan PM mula goyah setelah pengumuman kenaikan harga petrol kemarin..... kenaikan sehinggan rm2.70 adalah benar2 INSANE. Kerana di saat ini rakyat masih berperang dengan kenaikan harga makan dan barangan lain. Apa yang saya tidak faham kenapa kenaikan ini begitu mendadak dan begitu tinggi. Tidak kah kerajaan sedar ini hanya menunjukkan KELEMAHAN kerajaan ketika ini. Dimanakah para penganalisis yang mengangap diri mereka bijaksana dan arif dalam membuat kajian untuk menetukan hala tuju ekonomi negara...? Dan dimanakan individu2 yg telah diberikan kepercayaan oleh rakyat dalam membuat keputusan penting untuk kepentingan rakyat? Dimanakah janji mereka untuk membawa rakyat menjauhi kemiskinan?
Saya teringat bagaimanakah nanti ibubapa saya dan orang2 kampung yang lain menghadapi gelombang kenaikan harga minyak ini. Kos untuk membajak sawah dan menuai padi tentu akan meningkat berlipat kali ganda... pendapatan yang selama ini hanya cukup2 untuk menampung kehidupan keluarga dan anak2 yang seramai 4 orang yang masih bersekolah di Univ dan Kolej sudah tentu tidak lagi mencukupi lagi. Yang herannya harga jualan padi masih pada kadar yang sama sedangkan harga beras telah naik hampir 100%. Dimanakah keadilannya? Pernahkah para pemimpin sekarang merasa peritnya membanting tulang 4 kerat di bawah panas terik matahari hanya untuk mendapatkan beberapa ringgit?... TENTU TIDAK... sebab itu mereka tidak teragak-agak dalam membuat keputusan sedemikian.
Saya percaya dan rakyat percaya kenaikan ini tidak dapat dielakkan. Tetapi yang membuatkan kami rakyat tidak percaya....KESANGGUPAN kerajaan menaikkan harga pada kadar yang terlalu tinggi dan pada masa yang sangat singkat. Tidak boleh kah kerajaan berbelas kasihan dengan menaikkan harga pada kadar yang boleh dikira logik dan pada masa yang logik?... ini tidak....seperti dipaksa berhenti makan sedangkan baru sesuap nasi masuk ke mulut... dimanakah letaknya kewarasan dan belas kasihan?.... Rakyat telah mengangkat anda sehingga anda mendapat kehidupan yang senang seperti sekarang dan bukan anda sahaja tapi anak cucu anda juga mendapat tempias kesenangan ini..... Adakah anda boleh hidup bahagia dan senang tetapi rakyat yang menyokong dan mengangkat anda terkorban dan teraniayah???
BUKAN HENDAK KU mengeruhkan lagi suasana yang keruh...tetapi cuba la lihat dan duduk sebaris dengan kami yang dibawah......... Dan anda pasti memahami....

No comments:

This What We Call a HERO...