Kita sering merungut, membebel dan marah tentang peranan yang dimainkan oleh wakil rakyat (YB) kita tidak mencapai tahap kepimpinan yang diharapkan. Dan sering kali kedengaran yang YB (dulu hingga sekarang) ini hanya memberi perhatian kepada periuk nasi kroni2 mereka sahaja tanpa melihat dan membela nasib rakyat yang memilih mereka. Sejauh mana kebenaran perkara ini tidak ditentukan tetapi yang pasitnya ia memang berlaku. Ok la lupakan mereka sebentar, cuba alihkan pemikiran kita kepada diri sendiri. Jika kita (anda) diberi peluang oleh rakyat untuk menjadi wakil mereka di DUN atau Parlimen, apa yang akan kita lakukan?... Apakah perubahan2 yg mungkin akan anda lakukan untuk memenuhi tuntutan rakyat?... ekonomi, sosial, politik..... Cuba kongsikan harapan dan impian anda agar sesiapa yang membaca blog ini akan dapat memahami kehendak dan keperluan kita sebagai rakyat biasa.
"Kalau Saya adalah YB" merupakan tajuk artikel yang saya rancang untuk terbitkan akan datang... so tunggu kie...
