Beginilah keadaan bapa dan mama yg sudah dimakan usia masa. Bapa yang berusia 62thn dan mama 58th (rasa2nya) masih kelihatan kuat dan bertenaga. Pada usia sebegini kebiasaannya org sudah memilih untuk bersara dan berehat, tetapi bagi mereka, selagi anak2 masih ada yg bersekolah selagi tu tanggungjawap untuk membelanjakan mereka terletak di bahu mereka. Mama misalnya walaupun tidak sehat (tekanan darah tidak menentu) tidak juga dia dapat menahan atau menghindar diri dari lumpur dan panahan terik mentari... "tidak senang rasanya melihat rumput yg melambai-lambai di antara padi2 mula berbunga..." ulas mama. Bapa pula selain ke bendang dia berusaha juga mendapatkan projek kecil2an untuk menambah pendapatan keluarga. Saya sebenarnya sangat kagum denganya kerana saya rasa inilah cita-citanya dari dulu lagi iaitu memiliki lesen kontrakor sendiri dan melaksanakan projek yang diberi dengan sebaik-baiknya. Dan sesuatu yang sangat kami sebagai anak2 kagumi tentang bapa ialah sifatnya yang sentiasa tenang dan sgt sabar dalam apa jua keadaan. Saya sendiri sudah banyak kali menyakiti (tidak termasuk zaman kanak2 ah....masa tu klu buat silap kompom berbilar betis) malah memberi malu pada bapa dan mama...tetapi tidak pernah sekali pun mereka mengeluarkan kata2 sumpahan atau herdikan....malah dengan penuh kesabaran mencari penyelasaian. Dan saat ini hati berbisik....apakah yg boleh ku lakukan tuk membahagaikan mereka kerana untuk membalas hatibudi mereka sudah tentu tiada apa yang dapat sya lakukan...jadi apa yg harus sya lakukan?..... Pertanyaan ini juga untuk kakak, abang2 dan adik2 sekalian... Apa yang kita boleh lakukan untuk membahagiakan mereka selagi berpeluang? Selagi masih boleh kita bersua muka dan berbalas bicara dengan mereka? ....
"Ayoh bersama membina ikatan kasih yang lebih utuh agar keluarga kita menjadi lebih dikasihi"
KO'TUHADAN KUMA TOMPINAI NGAWI
Blog ini adalah tempat perkongsian maklumat dan pendapat dari semua keluarga dekat atau jauh, kawan-kawan dan sesiapa sahaja. Penulis akan cuba menjadikan blog ini sebagai One Stop Information Center di mana segala sumber maklumat yang asas dan penting akan diletakkan dalam bentuk web link. Oleh yang demikian jika ada sesiapa yang ingin mencadangkan laman web atau blog yang berguna, bermanafaat dan bermaklumat silalah memberikan address web atau blog itu kepada penulis sama ada melalui email atau just taip pada ruangan chat pada blog ini. Cadangn dan juga kritikan membina juga amatlah dialu-alukan.
SELAMAT MELAYARI BLOG INI
SELAMAT MELAYARI BLOG INI